5 keperluan wanita hamil

Keperluan Wanita Mengandung

Saat mengetahui rahim kita berpenghuni adalah saat yang paling menggembira setiap pasangan. Apatah lagi bagi yang dah lama menantikan cahaya mata. Pastinya mahukan perjalanan kehamilan yang lancar, anak yang dikandung sihat, dan ibu sentiasa kuat dan senang hati. 

Jom Chaha kongsikan 5 keperluan wanita mengandung di awal kehamilan agar ibu2 dan bakal ibu boleh buat persiapan untuk menempuh tempoh kehamilan 9 bulan 10 hari.

1) Pengambilan Folic Acid 

Wanita yang merancang untuk hamil boleh mula amalkan folic acid sebelum berkahwin lagi. Biasa 3 bulan sebelum berkahwin.

Antara kepentingan folic acid untuk bakal ibu & ibu mengandung:

✅Bantu cegah kecacatan otak baby/tulang baby
✅Kurang risiko baby sumbing
✅Mengurangkan kelahiran pra-matang & keperluan janin untuk berkembang
✅Meningkatkan kesuburan wanita

2) Menjaga pemakanan

Dari segi pemilihan makanan, kualiti makanan dan kuantiti makanan perlu di ambil kira. Kalau sebelum mengandung, makan ja apa sahaja. tapi saat dah mengandung, perlu fikir tentang kandungan. Kalau terlebih gula ada risiko untuk dapat GDM pulak.

3) Banyakkan membaca

Banyak benda baru yang akan kita lalui sepanjang tempoh kehamilan. Slowly kita perlu tambah ilmu dari semasa ke semasa. Boleh banyakkan membaca buku, journal, atau pon pengalaman orang lain saat hamil. Dari situ kita dapat belajar sesuatu yang baru.

Jangan lupa cari doa dan zikir yang baik diamalkan sepanjang mengandung.

4) Kawal emosi dan elakkan stress

Wanita mengandung akan mengalami perubahan emosi. Menjadi lebih sensitif dalam sesetengah perkara.

Jadi ibu2 perlu lebih bersabar dan bijak mengawal emosi supaya mood ibu dan bayi dalam keadaan baik.

5) Sediakan vitamin dan makanan tambahan

Ibu hamil berkongsi semuanya dengan bayi yang dikandung. Segala nutrisi perlu dibahagi dua. So, sangat penting untuk ibu2 mengambil makanan tambahan untuk melengkapkan dan mencukupkan keperluan nutrisi ibu dan bayi.

Ibu2 jangan ambil mudah tau. Penjagaan diawal kehamilan sangat penting untuk pastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan sihat sehingga saat melahirkan.

InsyaAllah, semoga urusan ibu2 semua dipermudahkan. Amin 

 

Comments

Popular Posts