5 TIPS BISNES ONLINE UNTUK YANG BARU NAK MULA

Ada kat sini yg bisnesnya baru nak menapak? atau dah bertahun2 menapak  dengan cara ‘orang lama’ sekarang baru nak buat secara online? Taktau nak start dari mana? Newbie? Freshie?

Haa.. kalau kirang golongan2 yg di atas.. Jom study artikel ni dulu..

Step by step ringkas untuk korang follow..


1) KENALPASTI APA PRODUK ATAU SERVIS YANG INGIN DIJUAL

Buat kajian berkaitan pasaran semasa dan apa produk atau servis yang paling diperlukan pengguna. Tak kisahlah produk atau servis apapun, buat kajian anda dengan teliti. Cari peluang yang ada dan pilih produk atau servis dengan permintaan yang tinggi dan korang minati untuk wakilkan.

2) SENTIASA TINGKATKAN ILMU PERNIAGAAN

Walau sebanyak atau sedikit manapun pengalaman dalam bisnes, jangan sekali-kali rasa selesa. Sentiasa tingkatkan ilmu perniagaan untuk maju ke tahap yang seterusnya. Sekarang ni korang boleh dapati pelbagai ilmu perniagaan dan peluang perniagaan yang boleh disertai dalam talian.

3) BUAT RESEARCH PASAL PRODUK DAN TARGET AUDIENCE

Nak buat sale, tidak boleh tidak korang MESTI study, buat kajian dan eksperimen berkali-kali. 

Samada bisnes korang berkaitan produk atau servis, dua-dua perlu buat kajian.

Mesti well-researched pasal details, kelebihan, manfaat supaya korang tahu nak jual kepada siapa.

4) TETAPKAN MASA BEKERJA

Kalau korang mahu bisnes online berjaya, jangan ambil ringan dengan masa. Masa itu emas.

Cari masa yang sesuai untuk bisnes online dan fokus pada bisnes itu sahaja. Elakkan gangguan yang boleh menjejaskan waktu produktif korang.

Yang penting, mesti work-life-balance juga ya!

5) KONGSIKAN TENTANG BISNESS DI MEDIA SOCIAL SECARA KONSISTEN

Posting korang mestilah konsisten dan ada value ye, supaya boleh create engagement dengan followers atau friends.

Malas sangat pun, upload jugak story dekat Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Tak peru fikir banyak dan lama untuk berbisnes online, buat je dulu dengan apa yang korang ada sekarang.

Semoga tips bisnes online yang dikongsikan dapat membantu korang buat income lumayan sambil baring atas sofa!





Comments

Popular Posts