5 Jenis Kerja Dari Rumah yang Sesuai untuk para IBU

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai ibu bergelar suri rumah memilih untuk buat kerja dari rumah untuk menjana pendapatan. Atas faktor keadaan ekonomi sekarang, ibu2 memilih untuk membantu kewangan keluarga. Sambil jaga anak, duit masuk ke akaun bank.

Menarik kan? Korang teringin nak buat kerja part time di rumah tapi takde idea nak buat apa? Idea yang Chaha senaraikan di bawah pasti dapat membantu korang.


1)HOMEBAKER

Perasan tak, kebalakangan ni homebaker tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau anda suka baking dan ada bakat untuk menghasilkan kek, roti dan pastri yang lazat, kami cadangkan anda mulakan bisnes sebagai homebaker. Kebiasaanya homebaker akan menyediakan makanan seperti:

- Kek. Anda boleh mengambil tempahan kek sempena hari jadi, ulang tahun, atau pun boleh buat kek yang in- trend sekarang seperti fruit pastry kek, kek cheese leleh, kek sagu gla melaka, kek marble, dan sebagainya.

- Pastri seperti cheese tart, cream puff, fruit tartlet, dan sebagainya.

- Roti seperti roti sarang lebah, roti golok viral, dan roti lain yang menjadi makanan harian rakyat Malaysia

2) MENGAMBIL TEMPAHAN KUIH MUIH

Nak memasak nasi atau lauk mungkin agak sukar, tapi mungkin korang berminat membuat kuih. Lebih mudah. Jika korang suka membuat kueh, korang boleh mengambil tempahan kuih-muih seperti:

❤️Kuih talam

❤️Apam solo

❤️Apam paddlepop

❤️Kuih tradisional seperti cucur badak, pulut panggang, qasidah, dan sebagainya

3) MENJAHIT

Kalau korang minat menjahit, korang boleh jadi tukang jahit dari rumah. Tak pandai menjahit tak mengapa, korang boleh pergi ke kelas jahitan. Sekarang dah ada kelas menjahit secara dalam talian. Yang penting sekali ialah minat untuk menjahit. Sebagai tukang jahit dari rumah, korang boleh mengambil tempahan baju dari orang ramai, atau boleh juga mengambil kontrak menjahit tempahan pukal dari butik-butik.

Sebagai tukang jahit, bukan bermakna anda menjahit baju semata-mata. Selain baju, anda juga boleh menjahit:

- Langsir
- Tudung
- Barut/ kain bedung
- Tilam/ bantal

4) PENGASUH

Kalau korang sukakan kanak-kanak dan mempunyai kesabaran untuk melayan karenah budak kecil, korang boleh menjadi pengasuh. Kalau korang tak yakin untuk menjaga bayi yang masih kecil, korang  boleh ambil anak asuhan yang besar, mungkin berumur satu tahun ke atas.

Apa pun, pastikan korang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana biasanya ibu-ibu mencari pengasuh yang berdaftar untuk rasa lebih selamat.Untuk menjadi seorang pengasuh berdaftar, korang cuma perlu menghadiri kursus untuk mendapatkan sijil pengasuh. Prosedurnya tak susah.

5) BISNES ONLINE

Paling popular dan relevan buat masa kini. Jika korang buka media sosial, semakin ramai yang mencari duit dengan menjalankan perniagaan atas talian. Bukan sahaja suri rumah, wanita bekerjaya pun ramai yang buat online business. Online business merupakan salah satu kerja part time di rumah yang boleh anda lakukan.

Ada pelbagai pilihan produk yang boleh anda jual seperti:

✔️ Produk kecantikan/kesihatan

✔️ Kosmetik

✔️ Handbag

✔️ Aksesori wanita

✔️ Emas

✔️ Pakaian

Di atas adalah 5 cadangan untuk ibu2 mencari pendapatan tambahan. Ada lagi kerja di rumah lain yang korang boleh cuba mengikut minat dan kepakaran korang.

Macam Chaha sendiri memilih bisness online atas beberapa faktor dan sesuai dengan keadaan Chaha, dengan 3 orang anak kecil. 😊 

Pilihan di tangan masing2. Selamat mencuba 💕



Comments

Popular Posts