Cara mudah dan alami untuk hilangkan jeragat

Petua hilangkan jeragat

Jika korang salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut.


Kalau korang serius nak hilangkan jeragat, korang wajib tahu punca jeragat di muka terlebih dahulu sebelum mengatasinya.

PUNCA JERAGAT
1) Terdedah kepada sinaran matahari
2) Perubahan hormon
3) Penggunaan kosmetik
4) Faktor keturunan

Bagaimana pula cara untuk mengatasinya?  Ada banyak kaedah untuk kita atasi masalah jeragat ni. Cara alami atau pon rawatan moden. Bergantung kepada modal yang kita ada 😅

Di sini Chaha akan kongsikan beberapa petua untuk hilangkan jeragat menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati.

CUKA EPAL
Sama seperti lemon, cuka epal juga bersifat astrigen yang mampu mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit.

Cara penggunaannya juga adalah mudah sahaja.

Hanya campurkan satu sudu kecil cuka epal dengan air, kemudian gunakannya untuk mencuci muka dan bilas.

Pun begitu, ia juga sangat bahaya untuk diamalkan selalu.

Ini kerana sifatnya yang tinggi asid.

Penggunaannya secara kerap sudah pasti akan mengakibatkan hakisan pada kulit.

Tempoh yang paling disarankan untuk mencuba bahan ini adalah seminggu sekali sahaja.

Jika berlaku sebarang kerosakan kulit muka, sila dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.

KULIT KAYU MANIS
Kulit kayu manis kebiasaannya digunakan sebagai masker.

Untuk lebih berkesan, campurkan setengah sudu kecil serbuk bahan ini dengan setengah sudu kecil madu dan kacaukannya ia sehingga sebati.

Dengan penggunaannya yang kerap iaitu sekitar 2 kali seminggu, bahan ini mungkin akan memberikan kesan yang maksimum.

Paling mengejutkan, ia juga sebenarnya mampu menghalang jeragat baru tumbuh pada kulit muka anda! 

SERBUK PENAIK (BAKING SODA)
Serbuk penaik ini mampu membantu mengekalkan keseimbangan pH pada kulit.

Caranya, hanya campurkan ia ke dalam air untuk membuat ia sebagai pes.

Kemudian, sapukan pada kulit muka dan bilas sehingga bersih selepas dibiarkan untuk beberapa minit.

Pun begitu, jangan cuba guna bahan ini jika ada masalah kulit sensitif ya?

LIDAH BUAYA
Bahan ini adalah sangat popular dalam hal penjagaan kulit kerana ia memang ada pelbagai manfaat, antaranya:

Mencerahkan wajah
Mengatasi kulit kering dan berminyak
Mengecutkan jeragat
Menghilangkan jeragat
Melindungi dari sinaran matahari
Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

Cara rawat masalah jeragat dengan bahan ini juga adalah mudah sahaja.

Ambil gel lidah buaya dan lumurkan sahaja ia pada kulit muka anda dan biarkannya selama 20 ke 30 minit.

Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang korang mahukan. 

Dan yang terakhir,
Jangan lupa untuk pakai SUNCREEN pada wajah setiap hari.

Shaklee ada AGE DEFENSE MOISTURIZER-SPF 50. Penting untuk kita pakai krim yang melindungi kulit wajah kita dari sinaran UVA dan UVB. Bukan tu sahaja bahang panas dari kita memasak hari-hari itu juga mengundang jeragat tau.

AGE DEFENSE MOISTURIZER ni sangat menarik kerana ia merupakan moisturizer + sunblock SPF 50 pelindung UVA dan UVB. Jadi, sangat menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu memakai 2 produk yang berbeza. 

Jomlah cuba, pasti akan merasai kelainannyaa 😍

Comments

Popular Posts