Tips kawal berat ketika open house

Rayakan sebulan.. So tak meriah lah hari raya tanpa Open House.. Pastinya setiap hujung minggu akan ada jemputan ke open house.. Tak kurang jugak hari bekerja, ada office2 yang tak lepaskan peluang untuk anjurkan open house.. 

Bila open house ni, faham2 je lah.. Makanan semua sedap2.. Kalau boleh nak makan semua yang ada.. Nasi beriyani, nasi tomato, bihun sup, laksa, mee kari.. Tu hidangan utama, tak termasuk lagi side dish, kuih-kuih, kek, cendol, ABC dan macam2 lagi..🤤

Macam mana lah berat badan tak naik kalau kalori yang di ambil lebih dari yang di perlukan.. 😅

Jom Chaha kongsikan beberapa tips untuk kawal berat sepanjang hari raya ni. 😊

TIPS KAWAL BERAT BADAN DI HARI RAYA OPEN HOUSE

1) Elak minum air manis


Semua rumah yang kita pergi beraya tak sah kalau tak hidang air manis. Sirap, ribena, oren dan macam-macam lagi lah. Memandangkan kita tengah nak jaga badan ni, jadi dinasihatkan untuk elakkan mengambil air manis secara berlebihan. tak baik untuk diet. Bila pergi beraya rumah orang, tutup mata janagn pandang air yang tuan rumah hidang tu. Minta lah tuan rumah bagi segelas air kosong je. Atau pon bawa sendiri bekal air kosong 😁

Air kosong ni bagus, dan lepas dah makan semua benda berat tu, tak kan lah air pun nak manis juga kan? Mesti rasa tak puas kan.. Haa.. lagi satu.. ingat ye, jangan sesekali minum minuman bergas. Lagi tak boleh.

2) Makan pada waktunya dan kawal portion

Sayang lah korang yang waktu bulan puasa dah elok-elok jaga pemakan semua, sampai berjaya turun 5 kg tapi bila masuk je hari raya, diet entah hilang ke mana, bersenam pun dah tak ada. Jadi waktu raya ni, jangan lah makan selagi boleh nak penuhkan makanan tu sampai jadi bukit. Sabar dulu. Makan secara tersusun dan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. 

Juadah raya ni penuh dengan lemak, dengan santannya, berminyak jadi cuba untuk kawal pemakanan korang. Boleh kalau nak makan ketupat rendang apa, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Jaga portion yee semua.

3) Makan lebih protein
Kebiasaannya kita akan ambil lebih karbohidrat menjelang raya ni. Lemang, rendang, kek semuanya itu karbohidrat. Jadi apa kata korang kurangkan ambilan tu dan gantikan dengan sumber protein. Protein ni akan membuatkan korang berasa cepat kenyang dan boleh mengelakkan korang daripada makan lagi selagi mampu. 

Bukan itu je, protein juga boleh tingkatkan kadar metabolisme dalam badan kerana badan kita perlukan tenaga untuk memecahkan dan mencerna makanan. Jadi lebihkan makanan protein. 

Cadangan Chaha, sebelum ke open house boleh ambil shake protein seperti ESP/Cinch Shaklee dulu supaya dapat kawal nafsu makan nanti. 😊

4) Puasa 6 Syawal

Cara lain bagi nak kawal berat badan ni adalah dengan puasa sunat 6 hari menjelang Syawal. Dengan cara ini badan korang tak ada lah terkejut sangat dengan mendadak. Kekalkan momentum korang tu dengan lepas je habis puasa 30 hari teruskan dengan amalkan puasa sunat pula. Korang bukan je boleh kawal pemakanan dan berat badan malah dapat pahala pula tu. Siapa yang tak nak kan?

Masih ada masa untuk yang baru nak mula puasa 6 Syawal. Banyak ganjaran tau. 😊

So, untuk korang yang nak penuhi jemputan Hari Raya Open House, jangan lupa amalkan tips di atas tau..

Hope membantu 🥰


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023





Comments

Popular Posts