TIPS KURUS DENGAN CEPAT SEBELUM RAYA

Mahu tahu cara kurus dengan cepat? Awal tahun hari tu siapa yang berazam nak kurus? Berapa kilogram dah hilang? Bulan puasa ni berapa kilogram dah turun?

Kalau azam anda masih belum tercapai, pakai baju masih ketat, seluar hampir tak boleh nak zip, terkeluar semua spare tyre yang tak berapa cantik, tengok cermin rasa tak best, jom baca artikel ni. Chaha nak kongsikan cara kuruskan badan yang selamat dan berkesan. 

Ada macam-macam jenis diet yang viral sekarang. Diet atkins, diet pisang, diet telur, diet cinderella, diet alkaline, diet detox, diet paleo, diet ketogenic, diet baby food pun ada.

Persoalannya? Betulkah diet-diet ekstrem yang kami senaraikan diatas sesuai dan berkesan untuk semua orang? Adakah diet-diet ekstrem ini takkan menjejaskan kesihatan anda dalam jangkamasa yang panjang? Kalau pun anda berjaya turunkan berat badan, ada tak kemungkinan berat anda akan rebounce bila anda berhenti?

Nasihat Chaha, sebelum mengamalkan apa-apa jenis diet, periksa tahap kesihatan anda dan dapatkan nasihat dari doktor. Yang tengah amalkan diet ekstrem, jangan sesekali lupa untuk berjumpa doktor secara berkala. Apa yang paling penting, pilih untuk kurus cara selamat dan sihat.

Di sini Chaha nak kongsikan beberapa tips untuk konsisten dalam diet terutamanya kepada mereka baru start diet:

1)Tak perlu fikir pasal berat badan sangat. Bila start diet tu kita dah mula jaga kesihatan. Kalau kurus tapi tak jaga diet pun tak jaga kesihatan juga.

2) Timbang berat badan sekali seminggu je masa diet sebab berat badan tak turun dengan cepat dalam sehari. Semangat untuk diet mungkin tak konsisten kalau tengok berat tak turun dalam sehari.  

3) Kalau tak mampu juga konsisten, cari coach untuk pantau pe
makanan seharian. 
   
4) Jangan malu untuk jaga pemakanan. Abaikan sindiran orang tentang menu diet kalian sebab bukan mereka tolong jaga kesihatan kalian. 
  
5) Kalau tak sempat memasak, cari kedai berlauk . Disitu biasanya dijual banyak lauk termasuk menu sayur-sayuran dan boleh pilih. 
  
6) Kalau ke kedai makan masakan panas, tempah menu nasi putih, sup sayur pun dah memadai sebab biasanya dalam sup sayur tu diorang dah letak sayur dan ayam. Kalau tak cukup protein, boleh tambah menu protein.

Tak susah pon nak turunkan berat ni. Kita kena tau cara yang betu dan sesuai diri kita. Dan jangan terlampau strict. Kita akan mudah stress dan tak bertahan lama kalau kita tak enjoy dengan journey diet ni.

Jom baca pengalaman diet Chaha. Mana tahu, sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat untuk kawan2 yang nak sama2 turunkan berat 😊
   

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Comments

Popular Posts