Doa untuk wanita amalkan demi keharmonian keluarga

Setiap agama mementingkan keharmonian dalam kehidupan manusia sejagat. Begitu juga dalam Islam, dimana telah cantik disusun oleh Yang Maha Berkuasa panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara berkaitan dengan kehidupan manusia iaitu melalui panduan Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad s. a. w. Antara aturan ilmu yang ada dalam kalam suci Allah dan panduan hidup Nabi Muhammad S.A.W adalah berkait rapat dengan cara membentuk keluarga harmoni dan sejahtera untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini.

Keamanan, keadilan, kesefahaman, sikap toleransi, kasih sayang dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor utama dalam mewujudkan sebuah keluarga yang Harmoni, Bahagia dan Cemerlang di dunia dan di akhirat.
 
RUMAHTANGGA YANG HARMONI

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suami dan isteri untuk mendukung dan menghayati konsep berkasih sayang dan kasih mengasihani antara satu sama lain. Antara amalan yang boleh dilaksanakan adalah bertakwa, bekerjasama, hormat menghormati, bersyukur, redha dengan ketentuan Allah dan sebagainya. Amalan-amalan ini merupakan antara jambatan atau laluan yang mendekatkan diri kita kepada kehidupan keluarga harmoni .
 
Untuk membentuk keluarga harmoni dan cemerlang semuanya perlulah bermula dari pembentukan asas rumahtangga. 

Di sini Chaha nak kongsikan doa yang bagus untuk diamalkan oleh wanita terutamanya untuk keharmonian keluarga.

1) Doa Nabi Zakaria

2) Doa Nabi Ibrahim

3) Doa agar anak beriman dan bertakwa

Dan khas untuk semua, Chaha hadiahkan dia istemewa ni.. Jom sama2 amalkan.. 💕


Doa Nabi Yusuf supaya wajah lebih berseri dan cantik.

Khusus untuk semua wanita sedunia yang ingin dilihat chantik setiap masa boleh amalkan doa ini dalam kehidupan seharian sebagai amalan.

Apa pun pengharapan setiap niat kita lakukan sandar pada Allah yang memberi & menciptakan sebaik2 kejadian. 🥰

Semoga bermanfaat.

Comments

Popular Posts