5 tips travel sambil berdiet

Anda adalah apa yang anda makan.
Pernah dengar kata kata ni? Pemakanan yang seimbang, mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memastikan tubuh mendapat zat makanan dalam kuantiti yang diperlukan.

Ketika travel, sama ada di dalam atau luar negara, adakalanya proses pengambilan makanan yang seimbang akan terganggu.

Untuk memastikan tubuh mendapat semua zat makanan yang di perlukan, boleh cuba 5 tips travel sambil diet ini.

Tubuh bukan sahaja mendapat bekalan zat makanan yang secukupnya, malah badan akan jadi lebih sihat dan segar sepanjang percutian.

1) Bawa bekal makanan

Sebelum memulakan perjalanan, sediakan buah-buahan seperti epal atau pisang dijadikan bekal. Sandwic yang berinti telur atau tuna juga sesuai untuk dibawa ketika memulakan perjalanan.

2) Elakkan minuman dalam tin atau botol

Minuman dalam tin dan botol bukan sahaja tidak berkhasiat malah mengandungi gula dan asid berlebihan.

Minuman bergas contohnya mengandungi lebih kurang 9 sudu kecil gula yang tidak elok untuk kesihatan. Bawa bekalan air masak atau mineral. Ia jauh lebih murah dan lebih baik untuk kesihatan.

3) Lakukan senaman

Jika tempoh percutian anda seminggu atau lebih, pastikan tempoh seminggu itu diisi dengan aktiviti senaman. Paling minima sebanyak tiga kali. Anda boleh berjogging di sekitar tempat penginapan sekiranya bersesuaian. Paling mudah,banyakkan berjalan dari satu destinasi, ke satu destinasi.

4) Wajib ambil sarapan pagi

Apabila bercuti, jadual harian selalunya dipenuhi dengan aktiviti lawatan ke tempat-tempat yang menarik.

Perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain membuatkan badan menjadi penat dan lesu. Mahu saja berbaring di atas katil hingga pukul 10 pagi dan akibatnya anda terlepas waktu sarapan.

“Missing your morning meals confuses your hunger hormones, setting you up to overeat later on in the day.”

Di dalam satu dapatan daripada International Journal of Obesity, 2015, mengambil sarapan berprotein tinggi pada jam 6 hingga 9.45 pagi mampu mencegah pengumpulan lemak dan munculnya rasa lapar palsu seharian.

5) Berkongsi makanan dengan pasangan atau keluarga

Saiz hidangan lebih besar bermakna lebih kalori, tinggi lemak, tinggi kolesterol dan lebih garam. Kawal selera makan dengan meneliti ramuan menu harian dan jumlah kalori yang diambil.

Sekiranya perlu, satu hidangan makanan yang ditempah di sebuah restoran boleh saja dikongsi bersama-sama pasangan.

Pemakanan yang sihat menyumbang kepada kesihatan yang baik. Jangan abaikan diet anda sekalipun anda melancong.

“Your diet is a bank account. Good food choices are good investments.”

 



Comments

Popular Posts