Testimoni Shaklee- Hilang 25kg lepas bersalin anak ke3
Hai, Assalamualaikum..
Hari ni Chaha nak kongsi dengan kawan2 testimoni Chaha sendiri dengan produk Shaklee. Banyak Shaklee effect yang Chaha dah rasa, tapi yang paling jelas adalah Chaha dapat turun berat dengan SET HELLO NEW YOU..
Jom baca kisah turun berat cara Chaha selepas bersalin anak ketiga 💕
Dah lama Chaha tak merasa berat badan ideal.. Last rasanyaasa mengikuti program PLKN lepas SPM.. tahun 2010.. masa tu memang kurus dan aktif..🤭
Lepas tu Chaha dah tak ambik kisah soal berat badan.. Berat Chaha bermain antara 58-60kg.. Ni pon dah overweight sebab tinggi Chaha hanya 152cm..
Sehinggalah mengandung anak pertama 2018.. Orang cakap lepas bersalin mudah turun berat.. Chaha pon pasang niat untuk turun berat.. Tapi... hanya tinggal angan2.. lepas pantang anak sulung, Chaha turun dari 72kg ke 56kg.. lepas tu Chaha dah lupa daratan.. hahaha
Sampai lah 2020 mengandung dan bersalin anak kedua.. Bukak buku pink dengan berat 60kg, dan berat akhir 74kg.. Masa ni pon macam biasa, niat lagi untuk kurus lepas bersalin.. Nasib lah niat & azam ni percuma kan 🤣
Habis pantang anak kedua berat Chaha 59kg.. tapi masa ni pkp.. Covid masih tinggi.. so cabaran pon agak tinggi untuk turunkan berat.. tapi Chaha cuba jugak untuk diet dan turun berat.. dengan amalkan protein Shake Shaklee.. Namun begitu, ketika anak kedua berusia 5 bulan, Chaha mengandung pulak anak ketiga 😅Bersama anak ke-2...
Ya Allah.. sungguh rezeki yang tak disangka sangka.. masa ni nak bukak buku pink pon takut.. sebab jarak dekat sangat.. mesti misi akan bising punya.. 😁 Agak lewat Chaha bukak buku pink untuk anak ketiga.. lepas 13 minggu rasanya.. tahan telinga aja lah..haha
Masa anak ketiga, Chaha bukak buku dengan berat 59kg dan akhir dengan 74.1kg.. dan Alhamdulillah pada bulan FEB 2022, Chaha selamat melahirkan anak lelaki secara pembedahan.. emergency czer.. First time kena operate.. hehe.. memang sesuatu baru untuk Chaha.. tapi Chaha syukur dapat peluang merasa bersalin normal dan ceaser.. 😊
Okey.. back on track.. tengah cerita misi kurus nii.. hahaha..
Bila bersalin secara pembedahan, first sekali mesti jarakkan next kehamilan.. so, awai2 lagi dah ambil perancang keluarga.. Bila bersalin ceaser ni orang cakap berat susah turun, perut lambat kempis.. Chaha pon mcm biasa.. niat lagi untuk turun berat.. kita cuba!! 💪
Lepas pantang anak ketiga ni, berat Chaha turun sampai berat bukak buku, iaitu 59kg.. Chaha cuba untuk turunkan berat sendiri dengan ambik protein shake waktu sarapan.. tapi waktu lain melantak macam biasa.. tapi dalam masa 2 bulan berat turun hanya 1kg.. sangat slow progress..
Sehingga lah..... jeng jeng jeng
Bulan 6 2023, masa ni anak ketiga umur 4 bulan, upline Chaha ajak untuk sama2 cuba kempen terbaru Shaklee, 'Hello New You'. Yang mana Shaklee sarankan untuk buat IF 12:12 dan jugak DSSS.. Serta pengambilan protein Shake sebagai meal replacement dan supplement lain sebagai pelengkap nutrisi..
Kami buat bersama2 team selama 2 minggu.. dan dalam masa 2 minggu Chaha berjaya turun 3kg!!! Dari 58kg ke 55kg.. Masa tu mmg happy sangat.. sebab 55kg ni lah berat idaman Chaha.. target Chaha yang tak pernah tercapai selama ni.. Alhamdulillah akhirnya tercapai..
Cara IF yang kami sama2 buat:
Sarapan- Shake protein (pukul 7 pagi)
Lunch- DSSS (lauk biasa je,tak eat clean)
Dinner- Shake protein (sebelum pukul 7 malam)
Boleh snacking buah2 antara waktu2 tu.. Dan Chaha tak rasa stress langsung sepanjang diet ni.. enjoy sangat bila buat sama2 ngn team.. Then Chaha teruskan lagi IF ni dan DSSS.. jadikan lifestyle baru untuk Chaha.. sebab Chaha rasa tak susah pon untuk konsisten..
Disamping tu Chaha jugak ada buat senaman.. Simple2 ja dalam rumah.. dalam 15-30minit sehari.. Hampa pon boleh buat punya.. 😊
Slowly berat Chaha turun lagi.. pada bulan 8 2023, Chaha capai 52kg.. dan pada bulan 10 2023 Chaha berjaya capai 50kg!! Dan sampai sekarang Chaha masih teruskan lifestyle baru n Chaha rasa diri Chaha memang berbeza..
✅ Lebih mudah bergerak
✅ Rasa badan lebih ringan
✅ Ibadat lebih sempurna
✅ Rasa lebih yakin diri
Banyak lagilah effect bila kita capai berat ideal ni kan.. penyakit pon susah nak singgah, immune jadi lebih kuat.. dah tak dak episod sakit lutut, sakit tumit kan.. Rasa selesa dengan diri sendiri.. well 'HELLO NEW ME'..
TURUNKAN BERAT BUKAN LAGI MIMPI DENGAN SET KURUS SHAKLEE!!!
Real testimoni Shaklee dari Chaha sendiri yang consume dan jugakpengedar Shaklee 💕
Hampa kalau ada niat untuk turunkan berat, jangan putus asa.. Cuba cari jalan dan kaedah diet yang korang suka, selesa dan enjoy.. kalau boleh cari komuniti yang sama2 nak turunkan berat.. Penting tau.. supaya kita sentiasa BERSEMANGAT & KONSISTEN..
Ni lah kunci untuk turunkan berat.. Konsisten dan kalau boleh jadikan gaya hidup.. Bukan sekadar untuk kurus tapi untuk sentiasa sihat..
Chaha boleh turun 3kg dalam masa 2 minggu.. So hampa pon boleh..
Set kurus shaklee atau set hello new you bukan ubat kurus tau tapi membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan dalam diet seharian.. Bantu memberi tenaga walaupon kita kurangkan kalori seharian..
Set ni lengkap dengan supplemen yang bantu untuk BAKAR, BUANG DAN BINA.. Penting sangat ketiga2 elemen ni untuk turunkan berat supaya badan tak menggelebeh bila kurus dan berat turun dengan konsisten..
Aishah Chaha, Mom of three cute little creatures.. 💕
Klik sini untuk Chaha bantu korang 😍
Comments
Post a Comment